Sejarah Bukit Bunga Bukit_Bunga

Bukit Bunga mendapat namanya sempena kehadiran pelbagai jenis bunga terutama bunga kemboja yang banyak didapati di atas sebuah bukit berhampiran suatu masa dahulu.

Bunga bunga tersebut dikatakan ditanam oleh seorang raja dari Pattani yang berpindah bersama keluarganya dan telah mendirikan tempat kediaman barunya di atas bukit berkenaan pada awal kurun ke-19.

Terdapat juga versi lain mengenai asal nama bukit tersebut yang dikatakan berasal daripada peristiwa seekor gajah bernama Merbunga yang mati di atas bukit tersebut.

Para penduduk kemudiannya memanggil tempat gajah mati tersebut sebagai Bukit Bunga, namun bukit dikatakan menjadi tempat gajah itu mati telah dijadikan tapak Balai Polis Bukit Bunga.[2]